Total Pageviews

Monday, July 11, 2011

LAWATAN KE TANJUNG PINANG

PEWAKAS MALAYSIA, JOHOR akan membuat satu lawatan ke Tanjung Pinang, Indonesia. Penyertaan hanya terbuka kepada ahli PEWAKAS MALAYSIA, JOHOR sahaja......

Maklumat ringkas adalah seperti berikut :

Tarikh bertolak : 23hb Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi berkumpul di Stulang Laut

Tarikh balik : 24hb Julai 2011 (Ahad)
Masa : 4.00 petang dari Tanjung Pinang

Tambang perjalanan pergi dan balik : RM 250.00

Kos penginapan : RM 100.00 semalam (twin sharing)

Passport : RM 100.00 seorang

Maklumat lanjut boleh hubungi :

Puan Linda Desa

019-768 0789

Puan Maimunah M. Taib

013-776 3395

Tempat adalah terhad kepada 30 orang sahaja

Tarikh tutup adalah pada 18 Julai 2011

Tuesday, June 28, 2011

Sekilas pandang...............










Sesi pemberian cenderahati kepada AJK yang telah menyumbang bakti kepada persatuan

Pemberian cenderahati daripada Pewakas Negeri Johor untuk Y. Bhg. Dato' Ramli bin Johari

















Majlis Pembubaran AJK

Perutusan daripada Y. Bhg. Dato' Ramli bin Johari

Segugus utusan daripada Y. Bhg. Datin Kamariah binti Hussain

Pengemudi acara Cik Siti Raufa Irma binti Raub
Puan Zaharah binti Hj Elias membacakan doa untuk mendapatkan keberkatan dan kesempurnaan agar majlis dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Tetamu VIP yang hadir termasuklah Puan Hajah Nadzrah binti Abdullah,
mantan Timbalan Kastam Gelang Patah.


Ahli-ahli Pewakas menyanyikan lagu Pewakas sebagai pembukaan majlis.


Dari kanan Tuan Haji Ismail bin Sopardi, Y. Bhg. Dato' Ramli bin Johari,
Y. Bhg. Datin Kamariah binti Hussain dan Puan Noraini binti Ahmad.

Friday, June 17, 2011

Persiapan ketika sebelum berlangsungnya Mesyuarat Pewakas

Keasyikan mengisi borang permohonan

Hadiah cenderahati

Antara barang-barang yang dijual

Chief Hussein turut membantu didalam penyediaan barangan jualan


Suasana sibuk ketika sebelum mesyuarat berlangsung

Thursday, June 16, 2011

LAWATAN KE MELAKA

Sempena Pertandingan Senamtari
Anjuran PEWAKAS MELAKA
pada 9 Julai 2011 (Sabtu)

Kepada semua ahli Pewakas Johor yang ingin turut serta memberi sokongan kepada pasukan senamtari Johor, bolehlah berikan Nama, No Kad Pengenalan beserta bayaran sebanyak RM25.00 seorang

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Pn Lina binti Desa
019-768 0789
07-220 2088

atau

Puan Noraliza binti Abd. Nasir
07-220 2099

Friday, June 3, 2011

Laporan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Pewakas Malaysia

MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN PEWAKAS MALAYSIA

CAWANGAN NEGERI JOHOR

DIRASMIKAN OLEH : Y. BHG. DATO’ RAMLI BIN JOHARI

PENGARAH KASTAM NEGERI JOHOR

TARIKH : 10 APRIL 2011

MASA : 08.30 PAGI SEHINGGA 2.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT LATIHAN IBNU SINA,

MENARA KASTAM LARKIN


Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Pewakas Malaysia telah dianjurkan oleh Persatuan Wanita Kastam Malaysia pada 10 April 2011 bertempat di Pusat Latihan Ibnu Sina, jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Mesyuarat dimulai dengan persembahan koir PEWAKAS. Puan Siti Zaharah telah dipilih untuk membacakan doa untuk memberkati mesyuarat tersebut.

Yg. Bhg. Datin Kamariah bt Hussain yang merupakan Pengerusi PEWAKAS Johor memberi ucapan alu-aluan, Datin juga ada menyebut mengenai pergerakan pewakas kali ini lebih aktif. Diharap tempoh 2011-2013 dapat menarik lebih ramai keahlian terutama keahlian dari kalangan isteri-isteri pegawai agar lebih mudah untuk mengenali rakan-rakan sekerja suami. Segala aktiviti dan maklumat terkini akan dihebahkan di blog www.pewakasjohor.blogspot.com. Setelah itu, Yg. Bhg. Dato’ Ramli b Johari Pengarah Kastam Negeri Johor merangkap Penaung PEWAKAS telah merasmikan mesyuarat ini. Disusuli acara penyampaian cenderahai oleh penaung PEWAKAS kepada ahli jawatankuasa induk tahun 2009-2011 dan pengerusi stesen. Mesyuarat Agong bermula selepas kudapan pagi.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut iaitu ucapan aluan Pengerusi Pewakas Johor, mengesahkan minit mesyuarat Agong ke-21, membentang dan menerima laporan aktiviti bagi tahun 2009-2011, membentang dan menerima penyata kewangan bagi tahun 2009-2011, mengesahkan kedudukan jawatankuasa sesi 2009-2011, membubarkan ahli jawatankuasa sesi 2009-2011. melantik setiausaha mesyuarat (sementara), memilih jawatankuasa sesi 2011-2013, melantik 2 orang pemeriksa kira-kira, membentang dan membincangkan usul, hal-hal lain dan ucapan penangguhan.

Antara AJK tertinggi adalah seperti berikut :-

1. Pengerusi : Yg. Bhg. Datin Kamariah bt Hussain

2. Naib Pengerusi : Puan Noraini bt Ahmad

3. Bendahari : Puan Zalani bt Idris

4. Naib Bendahari : Puan Roszita bt Mohd Kolan

5. Setiausaha : Puan Jamilah bt Abed

6. Naib Setiausaha : Cik Siti Raufa Irma bt Abdul Raub


Ketua Biro yang dipilih adalah

1. Ketua Biro Kebajikan & Kesihatan : Puan Nor Faida bt Abdullah

2. Ketua Biro Lawatan : Puan Linda bt Desa

3. Ketua Biro Taska : Puan Rozita

4. Ketua Biro Ekonomi & tugas2 khas : Puan Suwati bt Suratman

5. Ketua Biro Keahlian, Seranta & ICT : Puan Robiatul Nazuha bt Saad

6. Ketua Biro Sukan : Puan Juana bt Nor Hassan

7. Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga : Puan Norazuraini bt Ishak

8. Ketua Biro Sosial : Puan Sharifah Laili bt Mohd Hanafiah

9. Ketua Biro Keusahawanan : Puan Wan Norashikin bt Wan Sulaiaman

10. Ketua Biro Agama : Puan Norrihan bt Mohd Don

Selain daripada agenda pembubaran ahli jawatankuasa dan pemilihan ahli jawatankuasa ini berlangsung lagi satu agenda yang menarik perhatian ramai ibu-ibu pada ketika itu, yakni Pertandingan Masakan di Aras LG. Ramai ahli-ahli yang menyertai pertandingan ini, pendapat juri pula menyatakan pertandingan masakan ini boleh dijadikan acara tahunan malah pelbagai lagi cara untuk mengetengahkan bakat seni kulinari ini seperti anjuran mengadakan program gubahan masakan, ketegori manisan pula seperti puding dan kek. Acara sampingan yang boleh diselitkan bersama adalah gubahan bunga. Juri juga mengharapkan agar penyertaan akan datang lebih menggalakkan dan sambutan yang lebih hebat berbanding pertandingan kali ini.

Berikut adalah 2 ketogori yang dipertandingkan iaitu: -

Lauk pauk

1. Ayam masak kicap blackpaper - Puan Normala Ismail, Kenanga

2. Batu rendang putih - Puan Sharimah Gulam Shah, Kenanga

3. Ayam kicap berempah - Puan Miswati Tamthir, Kenanga

4. Kerutup ayam - Puan Fatimah Abdul Kadir, Kenanga

5. Udang rendang pedas - Puan Rokiah Ibrahim, Larkin

6. Ikan pari masak pecal - Puan Fatimah Raya, Melati

7. Daging masak hitam - Puan Normah Abdullah, Tg. Belungkor

Kuih muih tradisional

1. Lompat tikam - Puan Azizah Muna, Tg. Belungkor

2. Harum manis pisang - Puan Noraini Othman, Larkin

3. Seri muka - Puan Abilah Said, Kenanga

4. Apam kuntum mekar - Puan Miswati Tamthir, Kenanga

5. Kuih penyaram - Puan Ramlah Urey, Kenanga

6. Kuih Halwamaskat - Puan Fatimah Raya, Melati

7. Kuih Makmor FRS - Cik Nursuhada Shamsudin, Melati


Tahniah kepada pucuk pimpinan yang baru. Semoga pucuk pimpinan yang baru ini akan mengembangkan keahlian dan aktiviti-aktiviti lagi Persatuan Wanita Kastam. Kepada yang menyertai pertandingan memasak lauk pauk dan kuih muih akan terus menyertai aktiviti ini. Untuk ahli-ahli Pewakas Johor bersama-samalah kita melibatkan aktiviti kerana dijangka aktiviti untuk tahun 2011 - 2012 lebih banyak aktiviti-aktiviti yang menarik.


"TRY TO CATCH A STAR EVEN YOU HAVE TO STAND ON THE CACTUS"

Video Klip Aktiviti-aktiviti Pewakas

Video Klip Aktiviti-aktiviti Pewakas sepanjang tahun 2009-2011


Wednesday, June 1, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-22 Pewakas Johor 2011 pada 10 April 2011





Gambar kenangan bersama




Y. Bhg. Dato' Ramli b Johari, Pengarah Kastam Negeri Johor


merangkap


Penaung Pewakas Malaysia Johor


dan


Y. Bhg. Datin Kamariah bt Hussain


Pengerusi Pewakas Malaysia Johor