MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN PEWAKAS MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI JOHOR
DIRASMIKAN OLEH : Y. BHG. DATO’ RAMLI BIN JOHARI
PENGARAH KASTAM NEGERI JOHOR
TARIKH : 10 APRIL 2011
MASA : 08.30 PAGI SEHINGGA 2.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT LATIHAN IBNU SINA,
MENARA KASTAM LARKIN
Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Pewakas Malaysia telah dianjurkan oleh Persatuan Wanita Kastam Malaysia pada 10 April 2011 bertempat di Pusat Latihan Ibnu Sina, jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Mesyuarat dimulai dengan persembahan koir PEWAKAS. Puan Siti Zaharah telah dipilih untuk membacakan doa untuk memberkati mesyuarat tersebut.
Yg. Bhg. Datin Kamariah bt Hussain yang merupakan Pengerusi PEWAKAS Johor memberi ucapan alu-aluan, Datin juga ada menyebut mengenai pergerakan pewakas kali ini lebih aktif. Diharap tempoh 2011-2013 dapat menarik lebih ramai keahlian terutama keahlian dari kalangan isteri-isteri pegawai agar lebih mudah untuk mengenali rakan-rakan sekerja suami. Segala aktiviti dan maklumat terkini akan dihebahkan di blog www.pewakasjohor.blogspot.com. Setelah itu, Yg. Bhg. Dato’ Ramli b Johari Pengarah Kastam Negeri Johor merangkap Penaung PEWAKAS telah merasmikan mesyuarat ini. Disusuli acara penyampaian cenderahai oleh penaung PEWAKAS kepada ahli jawatankuasa induk tahun 2009-2011 dan pengerusi stesen. Mesyuarat Agong bermula selepas kudapan pagi.
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut iaitu ucapan aluan Pengerusi Pewakas Johor, mengesahkan minit mesyuarat Agong ke-21, membentang dan menerima laporan aktiviti bagi tahun 2009-2011, membentang dan menerima penyata kewangan bagi tahun 2009-2011, mengesahkan kedudukan jawatankuasa sesi 2009-2011, membubarkan ahli jawatankuasa sesi 2009-2011. melantik setiausaha mesyuarat (sementara), memilih jawatankuasa sesi 2011-2013, melantik 2 orang pemeriksa kira-kira, membentang dan membincangkan usul, hal-hal lain dan ucapan penangguhan.
Antara AJK tertinggi adalah seperti berikut :-
2. Naib Pengerusi : Puan Noraini bt Ahmad
3. Bendahari : Puan Zalani bt Idris
4. Naib Bendahari : Puan Roszita bt Mohd Kolan
5. Setiausaha : Puan Jamilah bt Abed
6. Naib Setiausaha : Cik Siti Raufa Irma bt Abdul Raub
Ketua Biro yang dipilih adalah
2. Ketua Biro Lawatan : Puan Linda bt Desa
3. Ketua Biro Taska : Puan Rozita
4. Ketua Biro Ekonomi & tugas2 khas : Puan Suwati bt Suratman
5. Ketua Biro Keahlian, Seranta & ICT : Puan Robiatul Nazuha bt Saad
6. Ketua Biro Sukan : Puan Juana bt Nor Hassan
7. Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga : Puan Norazuraini bt Ishak
8. Ketua Biro Sosial : Puan Sharifah Laili bt Mohd Hanafiah
9. Ketua Biro Keusahawanan : Puan Wan Norashikin bt Wan Sulaiaman
10. Ketua Biro Agama : Puan Norrihan bt Mohd Don
Selain daripada agenda pembubaran ahli jawatankuasa dan pemilihan ahli jawatankuasa ini berlangsung lagi satu agenda yang menarik perhatian ramai ibu-ibu pada ketika itu, yakni Pertandingan Masakan di Aras LG. Ramai ahli-ahli yang menyertai pertandingan ini, pendapat juri pula menyatakan pertandingan masakan ini boleh dijadikan acara tahunan malah pelbagai lagi cara untuk mengetengahkan bakat seni kulinari ini seperti anjuran mengadakan program gubahan masakan, ketegori manisan pula seperti puding dan kek. Acara sampingan yang boleh diselitkan bersama adalah gubahan bunga. Juri juga mengharapkan agar penyertaan akan datang lebih menggalakkan dan sambutan yang lebih hebat berbanding pertandingan kali ini.
2. Batu rendang putih - Puan Sharimah Gulam Shah, Kenanga
3. Ayam kicap berempah - Puan Miswati Tamthir, Kenanga
4. Kerutup ayam - Puan Fatimah Abdul Kadir, Kenanga
5. Udang rendang pedas - Puan Rokiah Ibrahim, Larkin
6. Ikan pari masak pecal - Puan Fatimah Raya, Melati
7. Daging masak hitam - Puan Normah Abdullah, Tg. Belungkor
Kuih muih tradisional
1. Lompat tikam - Puan Azizah Muna, Tg. Belungkor
2. Harum manis pisang - Puan Noraini Othman, Larkin
3. Seri muka - Puan Abilah Said, Kenanga
4. Apam kuntum mekar - Puan Miswati Tamthir, Kenanga
5. Kuih penyaram - Puan Ramlah Urey, Kenanga
6. Kuih Halwamaskat - Puan Fatimah Raya, Melati
7. Kuih Makmor FRS - Cik Nursuhada Shamsudin, Melati
Tahniah kepada pucuk pimpinan yang baru. Semoga pucuk pimpinan yang baru ini akan mengembangkan keahlian dan aktiviti-aktiviti lagi Persatuan Wanita Kastam. Kepada yang menyertai pertandingan memasak lauk pauk dan kuih muih akan terus menyertai aktiviti ini. Untuk ahli-ahli Pewakas Johor bersama-samalah kita melibatkan aktiviti kerana dijangka aktiviti untuk tahun 2011 - 2012 lebih banyak aktiviti-aktiviti yang menarik.
"TRY TO CATCH A STAR EVEN YOU HAVE TO STAND ON THE CACTUS"
No comments:
Post a Comment